Laporan Program Transisi Tahun 1

“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ”

LAPORAN PROGRAM

Nama program : PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
Tarikh : 4 Januari – 8 Januari 2010
Tempat : Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud Chemor.
Peserta : Semua pelajar Tahun 1

1.0 PENDAHULUAN

Kecemerlangan murid bermula dari sifat kendiri yang tinggi dan kerjasama diantara murid yang lain. Semangat setiakawan dan kerjasama menyumbang kepada pertukaran idea dan sisipan nilai murni dikalangan mereka. Secara tidak langsung, potensi diri murid dapat dibangunkan menyumbang kepada tingkahlaku positif ke arah kejayaan samada akademik mahupun kokurikulum.


2.0 MATLAMAT

Memberikan pendedahan kepada pelajar – pelajar Tahun 1 tentang dunia baru sekolah rendah. Murid dapat menyesuaikan diri dengan iklim sekolah dengan cepat.


3.0 RASIONAL

Program yang dibuat ini memberikan peluang kepada murid sekolah Tahun 1 bersosial dikalangan rakan-rakan dan tidak kekok semasa sesi persekolahan berlangsung.


4.0 OBJEKTIF

i. Murid mampu untuk bekerjasama sesama guru dan sesama palajar
ii. Murid dapat mengikut arahan dan peraturan sekolah dan guru
iii. Murid dapat bersedia untuk berlajar dengan baik


5.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar Tahun 1 S.K Hj Mahmud, Chemor

6.0 KAEDAH PERLAKSANAA

• Agihan kelas untuk Pelajar Tahun 1
• Kebersihan dankeceriaan kelas
• Dinamika kumpulan dan pergerakan kreatif
• Motivasi dalaman kelas
• Tayangan gambar
• Bercerita
• Nyanyian
(rujuk lampiran untuk maklumat lengkap)


7.0 KEKUATAN PROGRAM SEMAIAN WAYHU

• Penglibatan semua pelajar Tahun 1 secara baik
• Semua peserta dan guru Tahun 1 menunjukkan semangat yang tinggi dalam menjayakan program


8.0 KELEMAHAN PROGRAM SEMAIAN WAHYU

• Terdapat masalah teknikal di mana ada slot yang tidak dijalankan dengan menggantikan dengan aktiviti lain.


9.0 CADANGAN MASA HADAPAN

Program Orentasi Tahun 1 ini dapat diperbaikilagi untuk tahun hadapan dengan menambahkan slot seperti LDK.


10.0 KESIMPULAN

Matlamat dan objektif program ini tercapai dengan jayanya seperti dirancang dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya Pn Warnizan dan Guru-guru Tahun 1.


Laporan oleh:

Ahmad Kamil Sharudin
Guru Bimbingan