LAPORAN PROGRAM IBUBAPA TAHUN 6

LAPORAN PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6 2010 SKHMC.

Program perjumpaan ibu bapa murid-murid tahun 6, 2010 telah dijalankan pada 23 Januari 2010 (Sabtu). Majlis berlansung di Kantin Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud, Chemor. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.50 pagi.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan kelompok pelajar yang rajin belajar di sekolah dan di rumah. Ia juga bertujuan mewujudkan hubungan dua hala antara guru-guru dan ibu bapa dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar UPSR.

Program yang melibatkan ibubapa murid-murid tahun 6 ini diharap dapat mencapaiobjektif yang diharapkan. Pada hari tersebut seramai 132 orang ibu bapa telah hadir untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar dan guru-guru tahun 6 SKHMC.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis selaku pengerusi pada majlis tersebut. Seterusnya majlis diteruskan oleh ucapan Tn. Guru Besar En Mohammad Rosli b. Jaafar mengenai beberapa tip bagaimana menghasilkan anak-anak yang berjaya dalam hidup. Beliau juga memberi beberapa panduan yang boleh diikuti oleh para ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya menjadi lebih berjaya.

Beliau juga menyeru para ibu bapa supaya berbanyak berdoa antara cara yang dapat membantu anak-anak untuk terus belajar.

Tn. Guru Besar juga telah menyentuh beberapa program yang dijanka akan dijalankan sempena musim peperiksaan UPSR 2010 ini. Antaranya ialah:

- Pihak sekolah dengan kerjasama guru-guru tahun 6 akan menjalankan beberapa kelas Tambahan untuk murid-murid tahun 6. Yang pertama Kelas tambahan pada hari Sabtu. Kelas tambahan ini melibatkan semua murid tahun 6 SKHMC. Kelas Tambahan yang kedua melibatkan hanya murid-murid dari kelas 6 Usaha, 6 Tekun, 6 Jaya dan 6 Mulia sahaja. Kelas ini akan dijalankan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Kelas ini dapat dijalankan pada 4 kelas ini sahaja kerana masalah kekurangan kelas.

- Pihak sekolah juga akan mengadakan program kecemerlangan UPSR. Program ini akan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik pembelajaran yang konduksif dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

- Program teknik menjawab soalan juga akan diadakan pada bulan-bulan May dan Jun nanti. Pihak sekolah akan menjemput penceramah dari luar yang merupakan guru pakar dalam setiap bidang.

- Pihak sekolah juga meminta sedikit sumbangan dari pihak ibu bapa tahun 6 dalam menampung kos-kos berupa kertas-kertas, bahan fotostat juga sedikit duit minyak guru-guru yang akan berulang untuk datang ke kelas tambahan.

- Jumlah yang dicadangkan ialah sebanyak RM50.00 sahaja. Pihak sekolah telah meminta RM 12.50 bagi menampung pembelian buku waja dan wang Takaful.

- Tn. Guru Besar telah mengemukakan peluang kepada pihak ibu bapa untuk mengemukan cadangan lain atau bersetuju dengan jumlah RM50.00 itu. Semua pihak telah memberi kata persetujuan untuk membayar wang tersebut.


Majlis seterusnya diteruskan pula dengan ucapan dari Guru Bahasa Inggeris tahun 6 SKHMC iaitu En. Lai Kehong Heong. En. Lai telah menerangkan beberapa langkah telah dicadangkan dalam menangani masalah pembelajaran bahasa inggeris ini. Pada tahun ini guru-guru bahasa inggeris bercadang akan megadakan kelas tambahan, program mento mentee.

Seterusnya En. Lai juga mengingatkan para ibu bapa supaya membekalkan anak-anak mereka dengan sebuah kamus. Ini penting dalam membantu mereka memahami bahasa inggeris dengan lebih baik lagi.

Majlis seterusnya menjemput pula Pn. Norzita bt. Abdullah, guru pakar Sains untuk memberi beberapa taklimat tentang matapelajaran sains untuk tahun 2010. Antara lain guru-guru sains SKHMC telah bercadang untuk mengadakan :

1. Latihan Intensif
2. WAJA
3. Kelas Tambahan Intensif (Murid Cemerlang)
4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
5. Klinik UPSR
6. Kelas Tambahan Sabtu
7. PEKA
8. Menjawab Soalan Sains Negeri Lain
9. Pengukuhan Sains Dalam Dwibahasa (Kelas Lemah)
10. Pembelajaran Bersepadu (bedasarkan buku yang dibeli pihak sekolah)

Program yang dirancang berjalan lancar. Majlis ditamatkan jam 9.50 pagi. Sebelum pulang semua ibu bapa dan guru dijemput menjamah sedikit jamuan ringan yang telah di sediakan oleh PIBG Sk. Hj. Mahmud Chemor.

Diharap agar program ini dapat membuka minda ibu bapa yang hadir bagi sama-sama memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR nanti.


PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6 2010

STRATEGI PERLAKSANAAN

Tarikh : 23 Junari 2010 (Sabtu)

Tempat : Kantin Sekolah

Masa : 8.00 pagi

Sasaran : Ibu bapa Pelajar-pelajar Tahun 6 SKHMC.

JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : En. Mohammad Rosli b. Jaafar
(Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Salmah bt. Abu Amin
(PK. Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Hajah Nur Ainiah bt. Mohd. Yusof
(PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : En. Faizulzaman b. Mohd. Ali
(Pk. Kokurikulum)

Setiausaha : Zabedah bt Mohamad
(Guru Kaunseling SKHMC)
Bendahari : Ahmad Kamil b. Saharudin

Juruacara : En. Sallehudin b. Zainan

Pembesar Suara : En. Roslan b. Mohd. Yusof

Pendaftaran Ibu bapa : Pn. Norzita bt Abdullah
Pn. Mahayu bt. Meor Aziz
Pn. Puteri Norzila bt. Mohamed
Pn. Low Fee Lee

Persediaan Tempat : En. Ismail b. Bujang
En. Lai Kheong Yoong
Pn. Mardiana bt. Jaafar


ATURCARA MAJLIS

8.00 pg. : Pendaftaran Ibu bapa

8.15 pg : Ibu bapa Mengambil Tempat di
Kantin Sekolah

8.20 pg : Ucapan Pengerusi Majlis

8.30 pg : Taklimat Guru Besar SKHMC

9.30 pg : Ucapan Guru Tahun 6 2010

11.30 pg : Majlis Bersurai


Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh,

Pn Zabedah
Guru Bimbingan dan Kaunseling