PROGRAM - LAPORAN BENGKEL UPSR

LAPORAN PROGRAM BENGKEL UPSR
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD CHEMOR.



Program Bengkel UPSR 2010 telah dijalankan pada 7 sehingga 10 Jun 2010 iaitu pada hari Isnin sehingga Khamis. Program ini berlangsung selama 6 jam setiap hari kecuali hari Rabu. Program hari ini telah dijalankan di Dewan SKHMC.

Objektif program ini ialah untuk memberi keyakinan yang lebih kepada pelajar-pelajar Tahun 6 dari segi akademik. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kecerdasan emosi dan mewujudkan kesedaran serta motivasi kepada pelajar tentang tangungjawab mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2010.

Program ini telah melibatkan pelajar-pelajar dari kelas 6U, 6T, 6J dan 6M serta sebilangan pelajar yang berprestasi baik dari kelas 6K dan 6S. Bilangan pelajar keseluruhan adalah seramai 180 orang.

Program ini dapat membantu calon-calon UPSR 2010 dengan menerapkan keyakinan yang tinggi terhadap keyakinan mereka menjawab soalan UPSR. Dengan itu, UBK telah menjemput penceramah- penceramah yang berpengalaman bagi mengisi setiap slot dalam program ini.

Pada hari pertama iaitu Isnin ( 7 Jun 2010 ), program bermula pada pukul 8 pagi dengan slot Matematik oleh Cik Hjh Aminah dari SK Pasukan Polis Hutan . Semua pelajar hadir serta memberikan tumpuan penuh dengan tips yang diberikan dan membuat latihan pada lampiran yang dibekalkan oleh penceramah. Peserta berehat pada pukul 10.30 pagi.

Slot diteruskan dengan matapelajaran Bahasa Inggeris oleh Pn Hjh Umi Salmah bt Zaehariah iaitu bekas Guru Cemerlang Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Komunikasi dua hala sentiasa diterapkan dalam slot ini dengan pelajar menjawab soalan di hadapan dewan dan diberikan hadiah oleh penceramah. Guru Besar hadir memantau bagi
memastikan program berjalan lancar dan berjaya.

Pada hari berikutnya ( 8 Jun 2010 ), slot dimulakan dengan matapelajaran Sains oleh Pn Dahlia Meor Baharin dari SK Jelapang. Pendekatan menjawab soalan dengan cara yang betul juga tips mencari idea sebelum menjawab soalan membantu pelajar menjawab kertas peperiksaan Sains dengan format UPSR yang sebenar. Lampiran dan lahihan tersebut dibekalkan oleh penceramah dan pelajar dipilih untuk membentangkan jawapan di hadapan dewan. Hadiah diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab soalah dengan betul.

Setelah rehat pada pukul 10.30 pagi, slot program diteruskan dengan Motivasi oleh En Zahri dari S.K Pengkalan. Slot ini berlajan dengan santai dan menghiburkan peserta program. Pelbagai teknik dan aktiviti dijalankan agar pelajar sentiasa peka semasa berlajar dan tidak lalai terutama mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir sebelum UPSR. Dapat diperhatikan titisan air mata peserta di akhir slot dimana penceramah membawa emosi peserta mengenang kembali pengorbanan ibu dan bapa semasa membesarkan mereka.

Hari ketiga ( 9 Jun 2010 ), program hanya menjalankan slot Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh Cikgu Puteri Norzila Mohamed. Slot ini memakan masa 2 jam dan peserta pulang pasa pukul 11 pagi.

Hari terakahir ( 10 Jun 2010 ) pula dimulakan dengan matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan oleh En Sallehuddin Zainan. Slot ini banyak membantu pelajar tentang bagaimana memastikan markah dapat diperolehi dengan menjawab soalan dengan betul. Cara-cara penggunaan bahasa serta meminimakan kesalahan yang biasa dibuat oleh calon UPSR sebelum ini.

Slot terakhir adalah Bhasa Melayu Pemahaman yang disampaikan oleh Pn Mahyu Meor Aziz. Slot ini menekankan tips membaca dan memahami karangan agar dapat menjawab soalan dengan betul dan tidak terkeliru dengan jawan-jawapan yang diberikan bagi mengganggu pelajar menjawab soalan. Respond pelajar juga adalah baik apabila sesi soal jawab dibuka kepada mereka.

Syukur program yang dirancang berjalan lancar, atas kerjasama semua guru yang bertugas serta kerjasama daripada peserta program itu sendiri.

Program ini sememangnya dapat membuka minda semua calon-calon UPSR 2010 yang mengikutinya dan ini dapat dilihat melalui latihan serta tindakbalas mereka sepanjang program dijalankan.


disediakan oleh

AHMAD KAMIL SHARUDIN