PROGRAM - LAPORAN HARI ANUGERAH CEMERLANG

LAPORAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD CHEMOR.

Hari Anugerah Cemerlang 2010 telah dijalankan pada 20 November 2010 iaitu pada hari Sabtu. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Program telah dijalankan di Dewan SKHMC.

Tetamu jemputan tiba dan masuk ke dewan diiringi oleh pihak pentadbir serta paluan kompang pelajar. Pengerusi majlis iaitu En. Mohd Rusdan b. Daaim dan Pn. Nor Aidawati bt. Yusuf mengalu-alukan kehadiran En Mohamad Shah bin Ramli (Penyelia Sekolah Menengah Jabatan Pelajaran Negeri Perak) sebagai perasmi majlis kali ini. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku oleh pasukan koir sekolah. Bacaan doa oleh Ustaz Suhaimi Itam bin Ismail. Acara diteruskan dengan ucapan Guru Besar iaitu En. Mohamad Rosli bin Jaafar dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh En. Mohamad Shah bin Ramli. Ucapan yang banyak menyentuh kepada faktor keibubapaan yang membawa kesan kepada kejayaan anak mereka secara langsung. Situasi dan pendedahan berkaitan dengan sekolah menengah serta sekolah berasrama penuh juga disentuh secara menyeluruh dan ini memberikan maklumat kepada ibubapa yang hadir sebagai panduan jika mereka berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh.

Seterusnya selingan yang menyaksikan persembahan bertenaga pelajar menyanyi lagu nasyid yang popular seperti Kiar Karo nyanyian asal Maher Zain. Selepas hiburan tersebut, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Anugerah Akademik Cermerlang. Anugerah ini diberikan kepada pelajar mengikut kategori iaitu Anugerah Pelajar Terbaik mengikut tahun seperti pelajar terbaik Tahun1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6. Pelajar Cemerlang UPSR 2010 - 5A dan Pelajar Cemerlang UPSR 2010 - 4A 1B. Anugerah seterusnya adalah Anugerah Matapelajaran Terbaik mengikut Tahun. Anugerah khas diberikan kepada pelajar pilihan mengikut kategori iaitu Anugerah Pembaca Buku Terbanyak 2010, Anugerah Murid Harapan Tahap 1, Anugerah Murid Terbaik Tahap 2, Anugerah Lonjakan Saujana 2010, Tokoh Nilam 2010. Anugerah utama dalam majlis ini adalah Tokoh Kokurikulum 2010, Tokoh Murid Lelaki 2010 dan Tokoh Murid Perempuan 2010 yang telah disampaikan oleh En Mohamad Shah bin Ramli.

Kerjasama yang diberikan oleh ibubapa dan pelajar adalah amat baik. Alhamdulillah majlis berlangsung tanpa gangguan hasil kerja yang bertanggungjawab oleh pihak pentadbir dan semua guru serta pekerja am yang terlibat secara langsung menjayakan majlis ini.

Disediakan Oleh

Ahmad Kamil.

(GBK SKHMC)